Saturday 26 January 2013

Jiwang Karat



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?Sedang di lamun cinta? Atau…baru berputik rasa cinta? Atau sedang kecewa dalam bercinta? Indahnya cinta bagi yang sedang berbahagia. Kejamnya cinta bagi yang sedang merana. Sakitnya bercinta bagi yang sedang menderita akibat bercinta. Begitulah cinta…indah apabila bahagia, pedih apabila berduka.
Sebenarnya cinta ni ikut nasib juga, jika kita dah melalui percintaan dengan sebaik mungkin sudah tentu kita berusaha menjadikan ia satu percintaan yang indah. Namun tak semua percintaan itu sentiasa indah, kadang kala ia dilambung ombak, kadang kala di serang taufan, dan sesekali dia langgar garuda juga.
Apa yang penting hala tuju dan matlamat dalam percintaan. Kita tau siapa yang kita sayang, siapa yang kita admire dan apa yang kita harapkan dalam sesuatu perhubungan. Adakah insan yang kita sayang itu boleh diharap dan seperti yang kita harapkan? Percintaan tidak akan bahagia jika hanya ada kasih sayang tanpa pelbagai aspek lain. Tanggung jawab perlu ada bagi melengkapkan kisah percintaan. Keserasian, persamaan, kerjasama dan juga kejujuran amatlah penting. Semua aspek perlu bergabung dan ada dalam diri ke dua pihak agar ia adil antara satu sama lain.
Sukar berlaku adil terhadap pasangan, kadang kala sesebelah pihak terasa tidak di layan sebagaimana yang hak. Mereka merasa tertekan dengan tanggung jaab yang mereka pikul tanpa ada kerjasama di pihak satu lagi.

No comments:

Post a Comment